Dipetik daripada : norhayati_nordin@mediaprima.com.my
Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula dengan ketampanan mereka. Kepada artis dan selebriti lelaki kekacakan mereka diukur melalui gaya dan penampilan.
Maka, tidak hairanlah apabila ada segelintir golongan Adam sangup berbelanja besar bagi memastikan mereka sentiasa tampil kacak dan bergaya.
Pun begitu, istilah kacak pada kebanyakan lelaki cukup subjektif. Ia bukan saja menjurus pada rupa paras dan penampilan semata-mata tetapi paling utama merujuk ke arah karakter diri mereka sendiri.
Dalam soal ini, antara elemen penting yang menyokong kekacakan peribadi seorang lelaki adalah kematangannya berbicara, tenang dan pemikiran positif.
Ikuti 10 selebriti lelaki pilihan Rap yang dianggap paling kacak dalam industri hiburan tempatan ketika ini.
Anuar Zain, 44,penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih segak dan kacak dengan populariti yang bertahan lama.
Istilah kacak daripada kaca mata Anuar adalah subjektif dan ia tertumpu pada pandangan mata seseorang . Apapun, kekacakan itu sebenarnya datang daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif.
Kacak juga menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tata tertib.
Soalan: Apa akaun Instagram anda?
Jawapan: Saya tiada sebarang akaun di laman sosial.
Aaron Aziz, 37,Pelakon/Pengacara.
Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron melakonkan watak lelaki romantik.
Ternyata wajah kacak yang dimiliki Aaron aziz dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu 'mencairkan hati' jutaan wanita.
Bukan itu sahaja, kepekaan Aaron pada tatarias gaya dan penampilan juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
Soalan: Fear Factor anda?
Jawapan: Ketinggian (gayat)
Awal Ashaari, 33,Pengacara/Pelakon
Sebut sahaja Awal Ashaari, ia bukan sahaja pengacara kacak,berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyan.
Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairan Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti kacak tanah air.
Pengacara program Melodi inijuga dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan awal tetapnamapak hebat walaupun hanya memakai T-shirt.
Soalan: Cita-cita asal sebelum menjadi pengacara?
Jawapan: Penyanyi.
Remy Ishak, 32,Pelakon
Sekalipun pernah dilebel sebagai panas baran namun pelakon popular Remu Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Berikut sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintamg filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga semakin bijak bergaya.
Remy kelihatan cukup macho apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
Soalan: Lagu dangdut yang anda minati.
Jawapan: Memori Daun Pisang.
Shah Iskandar, 32,Pelakon
Berkelana dari tanah kelahiran Singapura ke Malaysia tidak sia-sia bagi pelakon popular Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat dalam industri lakonan di Malaysia.
Bahkan,Shah juga dikategorikan sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya.
Shah berkata, dia melihat kekacakan seseorang lelaki bukan sekadar pada penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlukah bijak dan intelektual.
Katanya, dia tidak memandang penampilan dan gaya sebagai keutamaan tetapi cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai.
Soalan: Filem Melayu kegemaran anda
Jawapan: Tanda Putera.
Josiah Hogan, 28,Pelakon
Darah Amerika-Latin yang dimiliki pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuat dia kini tersenaraidalam kelompok artis lelaki kacak Malaysia.
Josiah bagaimanapun tidak melihat kekacakan dimiliki seseorang lelaki hanya terletak pada rupa paras yang tampan, sebaliknya bagi bapa kepada seorang anak itu istilah kacak itu lebih menjurus pada penampilan dan gaya.
Mengulas penampilannya terhadap kacak dan cantinya seseorang. Josiah berkata,dia lebih suka pada cara seseorang berkomunikasi
Ujarnya, cara komunikasi sangat penting kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu mengambarkan sejauh mana tahap kematangannya.
Soalan:Pandangan anda mengenai Angelina Jolie.
Jawapan: Bijak seksi dan intelektual
Aeril Zafrel, 26,Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu.
Berstatus suami orang dan juga ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam bidang lakonan yang bermula menerusi filem Aku Tak Bodoh pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat.
Aeril yang juga katanya kini berada di luar negara kerana terbabit dengan pengambaran pernah mencetuskan konroversi tahun lalu kerana menyembunyikan perkahwinannya bersama Wawa.
Soalan: Watak lakonan paling mencabar,
Jawapan: Attar dalam filem 99 Kali Rindu.
Aiman Hakim Ridza, 24,Pelakon
Biar pun kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan penyanyi rock terkenal Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih berbakat dalam bidang lakonan.
Mula melonjak naik dan dikenali peminat menerusi drama Vainlla Coklat, Aiman yang merangkul Anugerah Artis Baru Lelkaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 lalu juga memiliki wajah kacak dan tubuh yang tinggi.
Soalan: Kota paling romantik.
Jawaan: Pastinya... Paris
Izzue Islam, 24,Pelakon/Penyanyi
Anggota Fourteen walaupun sudah berkahwin tetap popular barangkali kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan.
Namun, kacak pada sut pandangan anak jati Kelantan ini sendiri kacak adalah tampan dan segak.
Apatah lagi , apabila seseorang lelaki itu sentiasa tampil bergaya.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, 'kacak' pada pandanagan setia orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Menyentuh dirinya yang dilebel kacak, Izzue hanya mampu tersenyum.
Soalan: Pereka fesyen tempatan pilihan anda?
Jawapan: Taufik dan Tailor(Taufik Nong) dan (Hatta Dolmat)
Nik Michael Imran, 24,Chef Selebriti
Walaupun persaingannya dalam Master Chef Malaysia musim pertama terkandas di tengah jalan , ia nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik Ezar.
Semakin dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan dikendalikannya, tukang masak kacak seperti Nik Michaelmenyifatkan ketampanan lebih merujuk penampilan diri seseorang yang sentiasa bersih dan kemas.
Tidak menganggap dirinya sudah berada pada tahap popular kerana mengendalikan programTea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC), Nik Michael berkata, apa yang diperoleh kini adalah berkat besabarannyadan tak pernah kenal erti utus asa.
Kini mengusahakan restoran sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kulala Lumpur sejak setahun lalu, Nik Michael berkata lelaki boleh kelihatan seksi apabiladi dapur!
Soalan: Selebriti Hollywood yang ingin anda mermasak bersama?
Jawapan: Jessica Bell

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment