-->

N for NatasyA

Saturday, 21 December 2013

10 Selebriti Paling Jelita

Selebriti rupawan Malaysia kongsi rahsia kecantikan.

Oleh : http://natasyalipsgirls.blogspot.com/
Dipetik daripada : norhayati_nordin@mediaprima.com.my


Wanita dan kecantikkan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya.
          Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang agak jarang melihat artis muncul tanpa make-up, apatah lagi dengan penampilan wajah asli.
          Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah apabila kebanyakkan bintang baru terutama yang berwajah 'Pan-Asia' tetap tampil menawan walaupun tanpa secalit make-up.
          Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa 'darah campuran' Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek.
          Justeru, ikuti paparan menarik hari ini yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikkan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah umur 30 tahun.


Tasha Shilla, 26.

     Kehebatan Tasha Shilla atau nama sebenarnya,Natashashilla Abd Razak dalam bidang lakonan sudahpun di buktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.
     Pernah membintagi filem Ratu The Movie, drama seperti Epiloq Cinta Khirana dan Rindu Bertemu Di Abu Dhabi. Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah BlockBuster 2012.


Nur Fathia, 25

     Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abd Latiff pula mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai 'Kekcolly' yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
     Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.
     "Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kecantikkan. Namun, saya tertarik untukmencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat.
     "Saya selidik dalu penghaslan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba.Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.
     " Selein itu, saya amalkan penggunaan penggunaan produk pelindungan sinaran matahari setiap kali keuar rumah dan ketika berda di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari," katanya.
     Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosakkan kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang kacukan  Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan tengnologi terkini dan bahan organik.


Anzalna Nasir, 25
     Berperwatakan lembut,pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika ia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.
     Anzalna yang berbakat dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.



Neelofa, 24

     Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Demi Remaja 2010/2011.
     Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.


Wawa Zainal, 22

     Berstatus isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.
     Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam dan mengelakkan daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.
     "Saya jaga kulit biasa-biasa saja. Saya juga pakai 'mask' (topeng muka) setiap dua minggu sekali," katanya.
     Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 kali rindu dan Budak Pailangitu, dia juga tidak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari.
     Mengakui dia turut menitik beratkan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.


Izara Aishah, 21

     Izara Aishah Hisyam pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
     Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
     "Saya bersyukur kerana tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tidak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa sahaja yang dihidangkan," katanya.
     Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan disebelah ibunya, Izara Aishah yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila, dan Naziha itu, adalah pemenang kedua Dewi Remaja 2009/2010.


Emma Maembong, 21

     Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan panggilan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.
     Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
     Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama Kau Yang Terindah Cinta Itu Milikku, dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis baru wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).


Nelydia Senrose, 19

     Walaupun berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki matang Qi Razali, 35.
     Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi. Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen iniyang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusia drama Setia Hujung Nyawa, dan terkini Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.


Elfira Loy, 19

     Sejak kecil lagi Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalanya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.
     "Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungai Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan."
     Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-menurun daripada datuknya iaitu mengunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.
     "Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat untuk memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa," katanya.


Kilafairy, 19

     Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelaokn, penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan diwajahnya. Bahkan gadis manis berusia 19 tahun ini bijak dalam penampilan.
     Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.

Posted by Unknown at 03:20
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Online Diary

Yang macam korang nampak, blog yang N ada sekarang nie hanya untuk tontonan korang yang sudi melihat je,selain itu blog nie hanya untuk meluahkan apa yang berada di fikiran N nie,ibaratnya blog N nie diary N la.... so hope uoallss,always smile

Instagram

cute widget



get this widget here

tulisan cursor & scrool

Miss.House Blog

Unknown
View my complete profile

Lady Bug Note Generators

Photo Cube Generator
Red Cat Pointer

Blog Archive

  • ►  2014 (22)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (17)
  • ▼  2013 (212)
    • ▼  December (16)
      • 10 Selebriti Paling Jelita
      • Rahsia Diri Anda dan Si Dia berdasarkan ZODIAK.
      • The Inheritors.. My Favourite Drama Korea
      • Running Man
      • Negara Mesir dituruni Salji bukan Petanda Kiamat
      • Miss You
      • Jangan Bunuh Semut
      • Hukum Karma..
      • Cinta Itu Milik-Nya
      • Ini baru sweet Couple.. :)
      • Baca ikut urutan yang ditulis ye.. hihihi
      • Hujan..
      • Never Stop Hopeful
      • Kisah Ayam dan Lembu
      • I'm Lie
      • Respon N for "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang"
    • ►  November (158)
    • ►  October (37)
    • ►  September (1)

HavoC BloggersS

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Budak Lelaki Sebelah Pintu
    Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim Ke-6
  • SenYum iTu SedeKah
    Anak kandung suluh budiman
  • Alia Eyra :)
    two tutorials at one time!
  • N for NatasyA
    Halohaaaa
  • DANIEL ADIE
    Soalnya HATI
  • Sembang Panas
    GEMPAR ! Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia?
  • ...SATU DESTINASI
    I love rainy days, with a blanket and a cup of tea and a book
  • Tutorial Bina Blog
    Freebies Muslimah
  • Aina Azhari
  • Oh! Artis | Diari Anak Seni Malaysia
  • Music Search Engine Free for Download Mp3 or play to listen Mp3 | 8-3-2014
  • Myspace Generators - Flash Toys
  • Y E O L O

ADmIN TerhEbAT


kucingku my cats Banner

Photobucket
Theme images by bulentgultek. Powered by Blogger.