Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, perhubungan seks, kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman.
Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya!
Dengan memiliki dan membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir 'si dia'. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda.
Seterusnya, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in.
Saya mengucapkan ribuan ‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak sepertinya ini.Wassalam…..
Dipetik daripada:http://www.angelfire.com
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 20 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.
Kualiti Astrologi
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO danSCORPIO.
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.
Kualiti AstrologiAnda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan .
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .
Kualiti Astrologi
Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS,LEO dan SCORPIO.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialahPISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Andamengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.
Kualiti Astrologi
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUSdan SCORPIO.
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis.Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking.Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.
Kualiti Astrologi
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO danAQUARIUS.
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambangPemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment