Ibu,
Tanggal 24 Januari 1999
Aku dilahirkan dengan penuh rasa kasih dan sayang
Diriku dibelai tanda bersyukur kerana diberikan
Cahaya mata yang sempurna sifatnya.
Ibu,
Hari berganti hari
Aku membesar sudah
Dengan keazaman di hatimu
Agar aku menjadi manusia berguna.
Ibu,
Mengalir air mata kesyahduhanku
Tanda terima kasih ku serukan kepadamu
Diatas semua pengorbanan
Yang telah dikau sandarkan.
Ibu,
Jasamu tidak dapat aku tandingi
Sekalipun emas intan berkian aku berikan
Dengan keizinan yang Maha Esa
Akan ku tunai kan impianmu
Agar anakmu berjaya.
Ibu,
Dikau merelakan jiwa
Bersusah payah demi
Kebahagiaan dan kesenangan anakmu
Engkau sanggup berkorban masa
Sungguhpun dikau menderita.
Ibu,
Seandainya direstui oleh Allah s.w.t
Akanku capai bintang diangkasa
Akan ku genggam gulungan kejayaan
Dan akan ku persembahakan kepadamu juga suami mu yang tercinta,
Bulan mengambang yang diidamkan telah pun bersinar





No comments:
Post a Comment