-->

N for NatasyA

Friday, 29 November 2013

Lisa dapat anak kembar?


Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.

Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar.

LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat.

Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.
Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri.

“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.

“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.

“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya dalam derai tawa.

Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.

“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.

“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat,” katanya.

Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.

Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.

“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama.

“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga.

“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.
“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.
“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.

“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi,” katanya panjang lebar.

Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.
Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.

Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri.

“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.

“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya,” katanya.

Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.

Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula.
Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab.

“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.

“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.

“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.

“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.

“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.

Lisa & nombor duaJangan salah faham. Ini tidak ada kaitan dengan keinginan Yusry untuk menambah bilangan isteri selepas Lisa.

sumber:Sembang Panas
Posted by Unknown at 04:28
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Online Diary

Yang macam korang nampak, blog yang N ada sekarang nie hanya untuk tontonan korang yang sudi melihat je,selain itu blog nie hanya untuk meluahkan apa yang berada di fikiran N nie,ibaratnya blog N nie diary N la.... so hope uoallss,always smile

Instagram

cute widget



get this widget here

tulisan cursor & scrool

Miss.House Blog

Unknown
View my complete profile

Lady Bug Note Generators

Photo Cube Generator
Red Cat Pointer

Blog Archive

  • ►  2014 (22)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (17)
  • ▼  2013 (212)
    • ►  December (16)
    • ▼  November (158)
      • Status Ibu Johan Jadi Tanda Tanya.
      • Cik Abang Maki Ustaz Azhar di Facebook.
      • Johan: Belum Tentu Lana Jodoh Saya.
      • "Wow Islam is Amazing...”
      • 4 Hidangan Kempiskan Perut Mengikut Kajian.
      • Johan Risik Baju Tunang
      • Komen Berhubungan Isu Shila-Johan dan Lana
      • Shila Amzah akui tertipu dengan Cinta Johan As'ari
      • Menegur Ada Cara, Bukan Memalukan – Fizo Omar
      • Penting!! Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin ...
      • Lisa dapat anak kembar?
      • Benar atau PROPA semata?
      • Lana Nordin bawa Johan As'ari jumpa keluarga
      • Sahabat Baik
      • Potong Kuku ikut Sunnah..
      • Nauzubillah
      • Kihkihkih...
      • Subhanallah, tabahnya dirimu wahai Wanita
      • Nak tak..huhuxx
      • WAKAKAKA
      • sweetly cute
      • Ibu...
      • Ibu dan Ayah Insan paling berharga
      • Haruslah..
      • Fakta Kelantan Kaya
      • Sayang Awak
      • Sesungguhnya Allah merindui hamba-hambaNya
      • Pegang "Babi" lebih baik daripada pegang "bukan ma...
      • Mane paling comel..
      • I Hope..
      • Belajar menjadi Seperti...
      • Malam berinai
      • Malam potong kek dan Malam kugiran
      • Doa Ibu untuk Anak
      • Pahala seorang ibu
      • Cinta Dalam Diam
      • Mulut orang tidak boleh tutup
      • Golongan yg didoakan malaikat
      • takdir dan jodoh yg memisahkan
      • Mungkin terlalu sayang
      • I miss you
      • Wahai Lelaki..
      • Sentiasalah bersedia
      • Saya benci awak tp... :(
      • Sentiasalah bersyukur
      • Terima Kasih Sahabat :)
      • Fahamilah Daku..
      • Usahlah bersedih
      • hahhaxxx...kau hadoq??
      • pEremPuAn bUkaN...
      • so sweet
      • Kuang hajaq..!!
      • Jodoh tak akan ke mana..
      • Pernah tak berasa?
      • Duduklah Dulu
      • Untukmu yang telah melahirkanku
      • Doa Keluarga Sejahtera
      • Doa Murah Rezeki
      • Kalau betul awak sayang saya...
      • Begitulah alasan manusia..
      • Jodoh
      • Yang
      • Jangan Pernah berhenti berharap
      • Pernah tak terfikir?
      • Jangan Terlalu menyayangi Seseorang
      • Beza orang yg berjaya dan yang gagal
      • Tnda adanya Hasad Dengki
      • Sedey...
      • I luv U
      • 6 perkara yg menjadikan Kita sombong
      • 4 Sunnah Rasullah
      • Kerana itu
      • Saya ada untuk awak
      • sakit bila merindui
      • kalau tk syg,jgn buat sya terseksa
      • Tinggal 12 dan Dapat 12
      • Komputer Riba penyebab kebakaran
      • Untuk ibu dan juga keluarga
      • Perempuan..
      • Amik Kau...
      • Jangan diUngkit
      • Hanya Sahabat...
      • Tidak mampu selain menurut perintah Tuhan
      • Jangan Lepaskan
      • Solat Itu...
      • Suatu Hari Nanti
      • Doa Untuk Ibu
      • Fikirkn
      • 4 Tahap Mendidik Anak2
      • Khas untuk ibu dn juga bakal ibu
      • Awasi lidah mu..
      • Khas untuk Wanita/perempuan yang bujang... k
      • Hanya Sekali Bagiku...
      • Apala yang hebat sangat???
      • senyum dan sentiasalah bersyukur
      • Tak rugi BerSangka BaikKn
      • Mulut orang tk leh nk tutup
      • Kucing dapat menurunkan stress
      • Doa...
      • Kawan
      • Selagi Mampu..
      • Cair AwaK OiIiIi
      • 6 Perkara
      • Cerita bermula dari huruf K
      • bIaSaLaH bUdAk BArU nK BeLaJaR
      • Saya takut,terlalu memaksa
      • Without it...
      • Teka-teki, Teka-tekuk kau kang..
      • Amin
      • don't Give Up First
      • Take a note
      • so cute
      • KreatifKn.. :)
      • Comel tk Saya??? hahahazz comel x
      • Wakakak...Nasihat Adik
      • saya tipu... :(
      • oFFeR DArI ALLAH
      • mANA laGi CoMeL???
      • hahahhaxxxx
      • Kelebihan Tidak BerCouple
      • 3 salah faham
      • That's right
      • Sleg Style
      • I LOVE yOU
      • auu...chak...
      • so sweet
      • Pesanan Imam Al Ghazali
      • Mood
    • ►  October (37)
    • ►  September (1)

HavoC BloggersS

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • Budak Lelaki Sebelah Pintu
    Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019 Musim Ke-6
  • SenYum iTu SedeKah
    Anak kandung suluh budiman
  • Alia Eyra :)
    two tutorials at one time!
  • N for NatasyA
    Halohaaaa
  • DANIEL ADIE
    Soalnya HATI
  • Sembang Panas
    GEMPAR ! Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia?
  • ...SATU DESTINASI
    I love rainy days, with a blanket and a cup of tea and a book
  • Tutorial Bina Blog
    Freebies Muslimah
  • Aina Azhari
  • Oh! Artis | Diari Anak Seni Malaysia
  • Music Search Engine Free for Download Mp3 or play to listen Mp3 | 8-3-2014
  • Myspace Generators - Flash Toys
  • Y E O L O

ADmIN TerhEbAT


kucingku my cats Banner

Photobucket
Theme images by bulentgultek. Powered by Blogger.