KL: Terkejut beruk Murai batu saat membaca berita di sebuah akhbar mengenai pengakuan hati pelakon, Johan as'ari yang kini sedang bercinta dengan pelakon seksi,Lana Nordin dan berhasrat untuk mengahwini wanita itu tidak lama lagi.
Rsa bagai tak percaya,mana taknya, Murai Batu rasa seperti baru sahaja melihat Johan As'ari dengan penyanyi yang berkaitan bercinta dengannya iaitu Shila Amzah mesra menghadiri sebuah majlis bersama-sama.
Mengapa begitu cepat berubahya? Oh mungkin ini yang dikatakan kalau dah jodohtak kan kemana kan? Murai Batu harap hubungan cinta mereka ini bukanlah sandiwara atau apa pun dah berharap Johan benar-benar hendak mengakwini Lana.
Tapi bagaimana pula dengan hubunganJohan dan juga Shila?, Walaubagaimana pun mereka berdua tidak pernag mengaku bercinta tapi dari apa yang digambarkan dalam Instagram masing-masing mereka tidak berudah seperti pasangan kekasih.
Patutlah sejak minggu lalu,Murai Batu perasan dalam laman sosial Twitter Shila,dia seperti meroyan mengenai seseorang. Dari tafsiran Murai Batu dia seperti tertipu dengan sikap seseorang. malah dia memberitahu "biar lambat tahu daripada tidak tahu langsung."
"Tertipu?" , " tahu apa?" Murai Batu pun terfikir ianya ada kaitan dengan Johan.
Malah Shila menulis di dalam Twitter miliknya dia perlu "terus hadapi dengan senyuman, walau apa jua ujian ,tetap akan jalan kedepan,guna kewarasan akal"
Kalau begitulah status itu dituju kepada Johan ,adakah Shila tertipu dengan hati budi Johan yang selama ini melayannya seolah-olah seperti kekasihnya tetapi sebenarnya tidak?
Dulu masa betul-betul bercinta Murai Batu lihat Shila bukan main tutup mulut tapi bila dah putus ni Murai Batu rasa baik Shila diamkan jugalah, kan lebih elok begitu. (Tapi perasaan orang sepedih mana kita tidak pula tahu kan?) Sekarang ni daripada orang tak tahu,terus semua orang jadi tahu,buat penat je cover line dulu tu kan?
Entah la Murai batu pun tak tahu nak cakap apa lagi tapi Murai Batu harap jika benar Shila dan Johan selama ini bercinta dan kini sudah putus, Murai Batu cuma boleh nasihatkan Shila semoga terus tabah hadapi semua ini.
Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku. - Murai.